Semua mata kini tertumpu kepada gandingan utama negara untuk membuktikan keupayaan sebenar dalam Kejohanan Badminton Seluruh England di Brimingham, bermula hari ini.
Harapan disandarkan kepada beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk melakar kejayaan dalam kejohanan badminton tertua dunia itu, selepas terhenti di pusingan pertama pada edisi lalu.
Advertisement
"Pihak lawan memiliki prestasi baik. Tetapi, kami melakukan persiapan rapi," kata Aaron Chia.
"Pengajaran berguna buat kami setiap kali tewas. Kami akan tampil lebih meyakinkan," kata Wooi Yik.
Bagaimanapun, pengalaman beraksi dalam final 2019 serta berada dalam kelompok empat terbaik pada 2024 bakal menjadi tonik semangat.
Aaron Chia & Soh Wooi Yik akui kekalahan di Terbuka Jerman sebagai pemanas badan 🔥.
Fokus kini ke All England 2026, dengan misi raih gelaran Super 1000 pertama! 🏸💪@ASTROARENA pic.twitter.com/QKmw4X1jf7— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) March 3, 2026
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali berturut-turut itu juga memasang misi untuk merangkul gelaran super 1000 pertama dalam karier peribadi mereka.
"Kami berharap dapat merangkul kejuaraan Seluruh England. Ia adalah antara gelaran yang kami mahu kecapi.
"Dalam masa sama, kami tidak meletakkan banyak tekanan atas diri sendiri," kata Aaron lagi.
Untuk rekod, pada 2024, gandingan nombor satu Malaysia itu berjaya meraih naib juara.