Skip to main content

Ping Pong

SelSDeaf mohon dana demi kelangsungan Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia

SelSDeaf mohon dana demi kelangsungan Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor, Datuk Sarkunan Balakrishnan, memohon kerajaan mempertimbangkan dana sebanyak RM20,000 buat persatuan, yang ketika ini terdesak untuk meneruskan kelangsungan edisi sulung Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia di Ipoh 18 dan 19 Julai ini.

Menurutnya, meskipun Selangor berdepan kekangan dana, namun atlet tetap memberikan komitmen tertinggi untuk merangkul emas dalam kejohanan kali ini.

"Dana diperlukan sebagai persiapan atlet menghadapi kejohanan, peruntukkan untuk menyewa venue latihan. Dana yang kami miliki sebelum ini telah digunakan untuk menghadapi kejohanan olahraga serta badminton. Bagi sukan ping-pong kami telah memulakan latihan sejak beberapa bulan yang lalu dan kami telah mengeluarkan wang sendiri untuk digunakan sebagai persiapan," katanya.

 

Suatu ketika dahulu, nama Zana Azizul Ujang pernah merangkul emas dalam acara 110 meter lari berpagar Temasya Deaflympics 2001 di Rome, Itali.

Kini, olahragawan pekak kebangsaan itu bekerja sebagai pembantu pentadbir di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Namun, atlet yang dahulunya memiliki pecutan pantas menggunakan kaki, mahu meneruskan cabaran dalam sukan tangan iaitu sukan ping pong.

Biarpun sibuk dalam tugasan harian sebagai staf kerajaan, namun dia menitipkan penghargaan tertinggi kepada mbpj kerana memberi ruang dan penuh sokongan untuk berlatih dan fokus menghadapi Kejohanan Ping Pong Pekak Kebangsaan bermula 18 Julai ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video