Penjaga gol sensasi Cape Verde, Vozinha, mencipta sensasi sekali lagi apabila memacu pasukannya, Colo-Colo, muncul juara liga utama Chile buat kali ke-35 meskipun masih berbaki tiga perlawanan lagi.
Kejayaan dia menyelamatkan gawang pada minit ke-97 membantu pasukannya melakar kemenangan mengatasi Nublense 2-1 di Nelson Oyarzun Arena, Chile, awal pagi tadi.
π¨π» Vozinha has won the league with Colo-Colo alongside Arturo Vidal. His crucial 97th-minute save helped secure a dramatic 2-1 win over Γublense, with a stoppage-time winner clinching the clubβs 35th league title. https://t.co/5Aib16LU12
β Football Tweet β½ξ¨ (@Footballtweet) November 9, 2026
Jaringan Colo-Colo hadir menerusi Arturo Vidal dan Marcos Bolados, sementara gol tunggal pasukan tuan rumah disudahkan Lucas Molina.
Penjaga gol berusia 40 tahun itu menyertai Colo-Colo pada Ogos lalu sekali gus menjadi kelab pertamanya di luar negara dan hanya memerlukan beberapa bulan mengesahkan gelaran liga pertamanya.
π¨π¨| ππππππππ: Vozinha with a LAST-MINUTE save to seal Colo-Coloβs 35th league title! π¨π»π https://t.co/RWgay9S1LM
β Futbol SA (@futbalsa) November 8, 2026