Jurulatih interim Harimau Malaya. Tan Cheng Hoe, berkongsikan anak buahnya berada dalam motivasi terbaik meskipun menjalani latihan dalam cuaca sejuk.
Sebelum ini, skuad kebangsaan kehilangan khidmat Safawi Rasid yang terpaksa pulang ke Malaysia susulan urusan keluarga.
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan rata-rata penyokong bola sepak tanah air menyeru Wan Kuzain Wan Kamal dipanggil bagi memperkuatkan pasukan di Guangdong.
Hilang khidmat Safawi, Wan Kuzain diseru peminat untuk dipanggil sertai skuad Harimau Malaya di Guangdong untuk aksi persahabatan antarabangsa bertemu China dan Yemen. @ASTROARENA https://t.co/tesMANysuD
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 12, 2026
"Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga.
"Kami menjalani latihan dengan lancar dalam keadaan cuaca sejuk dengan 17 atau 18 darjah celsius, pemain mempunyai motivasi dan dalam keadaan terbaik untuk hadapi China.
"Cuma Dion Cools belum sertai pasukan lagi kerana ada perlawanan semalam dan hari ini dia akan Bersama pasukan." kata Cheng Hoe.