Pemain bola sepak kebangsaan Belgium, Axel Witsel, mengumumkan persaraannya daripada pasukan negara pada semalam selepas berkhidmat selama 18 tahun.
Tonggak berusia 37 tahun itu telah bermain sebanyak 140 perlawanan bersama The Red Devils, dengan menyertai Euro sebanyak tiga kali dan empat edisi Piala Dunia, dengan jumlah 12 gol sejak penampilan sulungnya pada tahun 2008.
"Kali ini, ia adalah yang tepat. Saya telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjaya antarabangsa saya.
"Masanya telah tiba untuk memberi laluan kepada golongan muda dan generasi baharu.
π¨π§πͺ ππ π πππππ | Axel Witsel (37) has retired from international football! π
He played for the senior Belgium national team for 18 YEARS. Made a total of 140 appearances. β pic.twitter.com/7UsbzPf8B5β EuroFoot (@eurofootcom) September 16, 2026
"Ia merupakan satu kebanggaan yang besar kerana telah memberikan segala-galanya sepanjang 18 tahun ini.
"Saya tidak pernah membayangkan mencapai begitu banyak ketika saya bermula, pada usia hanya 18 tahun," katanya.