Skip to main content

Bola Sepak

Selangor tak berkompromi dengan insiden penyokong di Drawbridge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Selangor

Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor, berterima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu atas tindakan tegas yang diambil bagi melindungi ketenteraman dan keselamatan awam susulan insiden melibatkan kumpulan penyokong Selangor di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Gergasi Merah dalam satu kenyataan berasa kesal dengan kejadian tersebut kerana menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang boleh mendatangkan bahaya buat semua.

Advertisement

Tambahnya, Selangor tidak mahu berkompromi dengan sebarang bentuk tingkah laku yang melanggar undang-undang serta mengancam nyawa orang ramai.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan tersebut.

Kejadian itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Nerus pada hari sama.

Must Watch Video