Skip to main content

Sukan SEA

Selangor sediakan durian runtuh buat atlet cemerlang dalam Sukan SEA Thailand

MBS

Kerajaan negeri Selangor menyampaikan insentif kemenangan kepada atlet yang mencipta kejayaan dalam Sukan SEA dan Para ASEAN Thailand tahun lalu, semalam.

Pemberian bonus oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan serta komitmen atlet yang mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Advertisement

"Jika dahulu tidak sepadan, sekarang kami selaraskan.

"Jika atlet para melakar kejayaan sama seperti atlet normal, sokongan sama turut diberikan," katanya.

Pemenang pingat perak, Natasha Roslan, antara penerima insentif tertinggi sebanyak RM6,000 hasil pencapaian cemerlangnya di Thailand.

Bagi Natasha, sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan kos rawatan ibunya yang menghidap barah (kanser), selain menampung perbelanjaan menyertai pertandingan di Thailand dan Amerika Syarikat (AS) kelak.

"Alhamdulillah, ibu saya semakin baik.

"Dia kuat. Ibu mahu kuatkan semangat melihat kejayaan anak-anaknya.

"Ibu mahu terus berjuang dan saya sangat bangga. Dia tidak keseorangan," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, atlet Para ASEAN, Safwan Suhaimi, turut menerima insentif tertinggi berjumlah RM17,500 yang disifatkannya sebagai durian runtuh paling bermakna menjelang sambutan perayaan bersama keluarga tercinta.

"Saya tidak menjangkakan perkara ini. Syukur dapat sebelum raya," katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video