Skip to main content

Bola Sepak

Selangor pinjamkan tonggak tengah kepada seteru ACL2

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Picha Autra

Selangor, dalam satu kenyataan sebentar tadi, memaklumkan bahawa tonggak tengahnya, Picha Autra, secara rasminya dipinjamkan kepada kelab Thailand, Bangkok United, bagi baki musim 2025-26.

Bangkok United merupakan seteru Selangor dalam saingan Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini dan mereka kini meminjamkan bekas pemain skuad B-23 Thailand itu kepada kelab berkenaan.

Advertisement

Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun itu menyertai Selangor pada pertengahan tahun lalu dan telah melakukan 14 penampilan selain mendaftarkan satu gol dan satu bantuan jaringan.

"Pemain tengah bertahan, Picha Autra, secara rasmi dipinjamkan ke Bangkok United FC (Thailand) bagi baki musim 2025/26.  Selamat maju jaya, Picha!" tulis Selangor dalam pengumuman itu.

 

Must Watch Video