Skip to main content

Bola Sepak

Selangor ‘mengganas’ di Kota Bharu

Selangor ‘mengganas’ di Kota Bharu

Selangor membuka kempen Liga Super 2026/2027 dengan langkah bergaya apabila membenam Kelantan Red Warrior (KRW) 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

Jurang pengalaman dan kualiti antara kedua-dua pasukan jelas terserlah apabila skuad kendalian Kim Pan-gon menguasai permainan sejak wisel permulaan, sekali gus memaksa tuan rumah lebih banyak bertahan.

KRW yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun cuba memanfaatkan serangan balas, namun kesukaran untuk mengekang asakan Gergasi Merah menyaksikan mereka terus diasak.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi Chigor Moraes, yang menanduk masuk hantaran lambung rakan sepasukan untuk meletakkan pelawat di depan.

Tidak sampai 10 minit kemudian, Selangor menggandakan kelebihan.

Mohamad Faisal Abdul Halim bijak mengambil kesempatan ketika berdepan penjaga gol KRW, Amin Faisal Mohd Saidi, untuk meledak gol kedua pada minit ke-27.

Selangor terus mengawal rentak permainan selepas itu, manakala KRW bergelut untuk mencipta peluang yang benar-benar mengancam gawang pelawat.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Selangor tidak memperlahankan tempo.

Hanya empat minit selepas permainan bersambung, gerakan lincah Faisal di dalam kawasan penalti gagal disekat pertahanan tuan rumah sebelum penyerang itu meledak gol keduanya untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-49.

KRW bagaimanapun enggan menyerah begitu sahaja.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-60 apabila Philip Dandada Musa merapatkan jurang menerusi jaringan untuk menghidupkan sedikit harapan tuan rumah.

Namun, Selangor terlalu ampuh untuk digugat.

Moraes sekali lagi menjadi duri dalam daging pertahanan KRW apabila penyerang itu menanduk masuk gol keduanya pada minit ke-75 untuk melengkapkan kemenangan 4-1 buat Gergasi Merah.

Kemenangan itu membolehkan Selangor membawa pulang tiga mata pertama daripada Stadium Sultan Muhammad IV, manakala KRW terpaksa menerima hakikat bahawa mereka masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video