Skip to main content

Golf

Selangor International Junior Golf Championship 2026: Nagasaki, Park Hyorin muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Selangor International Junior Golf Championship 2026: Nagasaki, Park Hyorin muncul juara

Hari terakhir saingan Selangor International Junior Golf Championship 2026 terus memperlihatkan dominasi pendahulu hari kedua apabila kelebihan yang dibina berjaya dikekalkan, sekali gus menyaksikan Koshin Nagasaki dan Park Hyorin muncul juara bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita.

Nagasaki Tepati Janji Pada Penampilan Sulung di Malaysia

Advertisement

Bagi kategori lelaki, Koshin Nagasaki menepati janjinya kepada keluarga untuk muncul juara pada penampilan sulungnya di Malaysia, sekali gus menandakan pencapaian bermakna dalam karier awalnya.

Nagasaki mula bermain golf secara rekreasi seawal usia lima tahun, hasil dorongan ibu bapanya yang melihat potensi untuk beliau melangkah ke arah pemain profesional. Sepanjang sedekad lalu, rutin hariannya jauh berbeza berbanding kanak-kanak seusia apabila menjalani latihan intensif pada waktu pagi sebelum memberi tumpuan kepada pelajaran pada sebelah malam.

Disiplin tinggi itu jelas membuahkan hasil apabila Nagasaki menamatkan saingan 54 lubang di Kelab Seri Selangor dengan catatan keseluruhan 203 pukulan, 13 di bawah par, sekali gus mengesahkan kejuaraan kategori individu lelaki.

Park Hyorin antara juara termuda

Dalam kategori wanita, pemain muda dari Korea Selatan, Park Hyorin, mencipta sensasi apabila muncul antara pemenang termuda kejohanan pada usia 15 tahun.

Hyorin sebelum itu ketinggalan dua pukulan berbanding rakan senegaranya, You Roha, namun kesilapan yang dilakukan Roha membuka ruang buat Hyorin untuk mengambil alih kedudukan pendahulu dan mengawal baki saingan.

Walaupun mencatat 74 pukulan, dua di atas par pada hari ketiga — prestasi terburuknya sepanjang kejohanan — kelebihan besar yang dibina sejak hari kedua sudah mencukupi untuk memastikan Hyorin ditabalkan juara.

Beliau menamatkan kejohanan dengan keputusan keseluruhan 216 pukulan, even par, sekali gus muncul juara Selangor International Junior Golf Championship edisi kelima.

Topik Berkaitan

Must Watch Video