Skip to main content

Bola Sepak

Selangor destinasi baru Stuart Wilkin, Jovan Motika?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wilkin

Tular di media sosial pemain Sabah, Stuart Wilkin, dan penggempur Negeri Sembilan, Jovan Motika, dikhabarkan bakal berpindah ke pasukan di Lembah Klang.

Khabar angin itu bertiup kencang diperkatakan oleh penyokong bola sepak tempatan minggu ini dengan Selangor difahamkan bakal menjadi destinasi baru pemain itu.

Advertisement

 

 

 

Namun, sehingga hari ini masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua kelab.

Sekiranya benar, kemasukan dua pemain itu semestinya dapat memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian Christophe Gamel yang sudah kehilangan dua tonggak import iaitu Kevin Deeromram dan Willian Lira baru-baru ini.

Untuk rekod, jendela perpindahan kedua Liga Super 2015/26 akan dibuka bermula 5 Januari sehingga 1 Februari 2026.

Must Watch Video