Skip to main content

Bola Sepak

Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?

ajdad

Selangor difahamkan bakal menerima bayaran melebihi RM3 juta daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas dua pemain import iaitu Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi membantu Jordan mara sepanjang kempen kelayakan sehingga ke pusingan akhir Piala Dunia 2026.

Perkara itu menerusi program Faedah Kelab FIFA (CBP) yang memberikan bayaran kepada kelab-kelab yang melepaskan pemain bagi tugasan antarabangsa, dengan badan induk bola sepak dunia itu memperuntukkan dana sebanyak AS$355 juta (RM1.4 bilion) bagi program itu.

Advertisement

 

 

 

Menerusi wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsikan: Selangor bakal terima 'manis manis'  lebih 3 juta Ringgit Malaysia dari FIFA di atas kerjasama membentuk dan menjaga keperluan 2 pemain import mereka Noor Al Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi sehingga berjaya membantu Jordan ke pentas Piala Dunia 2026

"Ini adalah kadar harian yang bermula dari saat pemain melaporkan diri sehingga berjaya mengesahkan Jordan isi slot ke Piala Dunia

"Sebanyak USD 355 juta telah di peruntukkan untuk pembayaran kepada semua kelab terlibat." kongsinya.

Must Watch Video