Ketika segmen What's Up Selangor sedang berlangsung bagi mengetahui perkembangan terperinci hari kesembilan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 sebentar tadi, wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf, menghentikan seketika lintas langsung bersama studio bagi memberi ruang kepada lagu negeri berkumandang.
Ainul bersama jurukamera, Irsyahdi Tumian, sedang membuat liputan sukan ping pong bagi mengetahui juara kategori yang dipertandingkan hari ini.
Untuk perkembangan terkini sila kekal bersama Stadium Astro dan Nadi Arena 7.00 malam ini.