Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Tuan rumah timbang cuti peristiwa

fff

Selangor mempertimbangkan untuk mengumumkan cuti peristiwa bagi meraikan kecemerlangan kontinjen tuan rumah dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Tuan rumah mencapai sasaran 80 pingat emas menerusi e-sukan, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berpasukan wanita di Ampang, hari ini.

Dalam sidang media perkembangan semasa SUKMA Selangor 2026 hari ini, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata perkara itu akan diusulkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, sebelum dimuktamadkan keputusan kutipan pingat keseluruhan diperolehi malam esok.

Selangor 2026 akan melabuhkan tirai esok dalam satu majlis penutup di Aneka Walk, Seksyen 14.

 

Must Watch Video