Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Terengganu lepasi cabaran kumpulan melangkah ke suku akhir

Ragbi

Pasukan ragbi wanita Terengganu terus kekal cemerlang dengan rekod tanpa kalah dan satu seri untuk melepasi aksi peringkat kumpulan setelah menempuhi dua hari perlawanan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 yang berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Namun situasi itu masih tidak meletakkan pasukan itu untuk terus kekal selesa memandangkan cabaran sebenar baru bermula untuk memburu kejuaraan edisi ke-22 ini.

Ketua jurulatih wanita Terengganu, Mohammad Nasharudin Ismail, melihat saingan pada edisi kali ini lebih mencabar berbanding edisi lalu di mana setiap pasukan bertanding mempamerkan mutu permainan yang kian meningkat.

“Secara realistik kita tidak boleh selesa dengan hanya melihat Terengganu berada di tangga teratas kumpulan, beza jurang mata yang dikutip oleh pasukan lawan mampu mengubah sesuatu cabaran untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Seterusnya kita akan bertemu pasukan-pasukan terbaik daripada kumpulan masing-masing di mana cabaran sebenar baru bermula untuk kami”, ujar Mohammad Nasharudin Ismail yang mula membimbing pasukan ragbi wanita Terengganu sejak 2020.

Pasukan wanita dari Terengganu ini dijadualkan untuk bertemu Perak bagi saingan suku akhir yang dijadualkan bermula pada jam 1205 tengah hari in.

Manakala bagi pasukan ragbi lelaki Terengganu menempuhi lalu berliku setelah hanya meraih satu kemenangan daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Seterusnya adalah untuk menghabiskan baki perlawanan bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.

Turut berlangsung pada Sabtu ini adalah perlawanan penentuan suku akhir bagi semua perlawanan melibatkan pasukan lelaki dan wanita sebelum melabuhkan tirai kejuaraan pada Ahad nanti.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video