Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Terengganu ke suku akhir walaupun tewas kepada Sarawak

Terengganu

Skuad bola sepak Terengganu, yang dibimbing Badrul Afzan Razali, melangkah ke suku akhir acara bola sepak Sukma Selangor 2026 walaupun tewas 2-3 kepada Sarawak dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium UKM, Bangi hari ini.

Menang berdepan Sabah tempoh hari memudahkan laluan skuad dari Pantai Timur itu untuk memburu tiket ke final selepas melakukannya pada 2022.

Syahir Syukri membuka jaringan buat Terengganu dengan jaringan seawal minit kelima selepas menerima umpanan Iman Alif dari sebelah kiri.

Sarawak ternyata tidak memberi laluan mudah dan sesekali melakukan serangan balas yang menyebabkan kesilapan lawan dan mengundang padah di dalam kotak penalti untuk Amran Shah menyudahkan bola kedua untuk menyamakan kedudukan.

Amirul Hafiz kemudian menggandakan kedudukan Sarawak hasil tandukan daripada situasi bola mati untuk membawa kelebihan itu ke bilik persalinan.

Enam minit dalam babak kedua, Haziq Zamri melakukan tindakan bijak dengan memanfaatkan kealpaan lawan daripada perangkap ofsaid untuk menyamakan kedudukan buat Terengganu.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Amran menghasilkan gol menarik untuk memastikan tiga mata berharga buat Sarawak tetapi masih belum cukup untuk mengelak penyingkiran.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video