"Setiap malam menangis, hingga air mata kering…"
Pemanah compound Terengganu, Muhammad Akmal Danial Baharuddin, mengetepikan segala ujian yang datang demi meneruskan misi di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.
Tahun 2025 menjadi tahun teramat sukar buat dirinya, jatuh terduduk mengenangkan nasib dibelenggu konflik dalaman keluarga.
Selain itu, tumpuan perlu dibahagikan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta persiapan ke temasya dwi-tahunan ini.
"Setiap malam menangis, sampai air mata kering"
2025 cukup mencabar buat Akmal Danial - konflik keluarga, tekanan SPM, persiapan SUKMA.
Hari ini, dia balas dengan aksi cemerlang dalam acara memanah compound lelaki 50m. 🏹 Siap pecahkan rekod temasya tau!@ASTROARENA pic.twitter.com/IHyZtE3pia— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) August 17, 2026
Meskipun hampir putus asa namun semangat dipupuk semula hasil sokongan penuh jurulatih yang tak berbelah bagi.
Akmal cemerlang memperbaharui rekod baru SUKMA untuk panahan 72 anak panah dengan catatan 700 mata.
"Memang ketika itu ada masalah dan saya rasa berputus asa serta mahu berhenti, selepas itu selepas berfikir secara matang saya bertahan untuk berjuang hingga di sini.
"Memang setiap malam menangis, rasa seperti air mata tidak berhenti. Pingat emas ini buat jurulatih kerana banyak berkorban buat saya." katanya.
