Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Selangor kembali pegang status ratu futsal, akhiri penantian 15 Tahun

Selangor 2026: Selangor kembali pegang status ratu futsal, akhiri penantian 15 Tahun

Selangor meneruskan dominasi dalam acara futsal SUKMA Selangor 2026 apabila skuad wanita turut meraih pingat emas, sekali gus mengikut jejak langkah pasukan lelaki yang terlebih dahulu menjuarai saingan semalam.

Turun di pentas final, Selangor tampil dengan aksi penuh berkeyakinan apabila menundukkan Wilayah Persekutuan 5-0 untuk kembali bergelar juara selepas kali terakhir memenangi emas futsal wanita 15 tahun lalu.

Kemenangan besar itu membuktikan persiapan rapi yang dilakukan sejak Disember tahun lalu membuahkan hasil, ditambah pula dengan barisan pemain muda yang memiliki bakat semula jadi serta semangat tinggi untuk mengharumkan nama negeri.

Selangor mengawal permainan dengan baik sejak awal dan tidak memberikan banyak ruang kepada lawan untuk mengembangkan permainan.

Lima gol tanpa balas akhirnya mengesahkan dominasi tuan rumah, selain memastikan kempen mereka di pentas sendiri berakhir dengan kejayaan yang cukup manis.

Bagi Wilayah Persekutuan, kekalahan dalam perlawanan akhir tidak memadamkan rasa bangga terhadap pencapaian anak buahnya.

Pengurus pasukan, Abdullah Izhar Mohamed Yusof, mengakui Selangor lebih baik pada aksi penentuan, namun tetap memuji semangat juang pemainnya yang tidak menyerah sehingga wisel penamat.

Lebih positif, skuad Wilayah Persekutuan dibarisi rata-rata pemain yang baru diserap ke dalam pasukan.

Justeru, kejayaan mara sehingga ke final dan membawa pulang pingat perak dianggap satu pencapaian memberangsangkan.

Malah, pingat perak itu sudah melepasi sasaran awal pasukan yang hanya meletakkan sasaran untuk mara ke separuh akhir.

Buat Selangor pula, kejayaan ini bukan sekadar menambah satu lagi emas buat kontinjen tuan rumah, tetapi turut mengembalikan mereka ke takhta futsal wanita selepas penantian selama 15 tahun.

Dengan pasukan lelaki dan wanita sama-sama bergelar juara, Selangor jelas menjadikan futsal antara antara sukan yang paling menyerlah buat kontinjen tuan rumah di SUKMA kali ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video