Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Sarawak 'tapau' pingat emas polo air lelaki, wanita

dd

Skuad polo air Sarawak melakar pencapaian gemilang apabila menyapu bersih pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita selepas kedua-dua pasukan menewaskan Selangor pada aksi final Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Kejayaan itu tidak hadir dengan mudah apabila pembentukan skuad terbaik Sarawak digerakkan sejak 2022 oleh bekas jurulatih polo air kebangsaan, Voon Yong Hui.

Yong Hui menyasarkan lebih ramai anak buahnya mampu mencabar tempat dalam skuad kebangsaan, terutama menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal menyaksikan Bumi Kenyalang menjadi tuan rumah bagi acara polo air.

Walaupun tidak lagi bersama skuad kebangsaan, Yong Hui mengakui satu kepuasan buat dirinya sekiranya melihat lebih ramai anak Sarawak berjaya mewakili Malaysia di pentas Sukan Sea.

Sementara itu, kapten skuad polo air SUKMA Sarawak, Bryan Lee Ming Yik, mengakui bukan mudah untuk menembusi kem kebangsaan apabila perlu bersaing merebut tempat sebagai antara dua penjaga gol terbaik negara.

Bagaimanapun, Bryan percaya kejayaan meraih emas di SUKMA menjadi tonik terbaik buat dirinya dan rakan sepasukan untuk terus memburu peluang mewakili Malaysia.

"Jika mereka terus berusaha, mereka boleh tembusi skuad kebangsaan kerana mereka telah menjuarai SUKMA." kongsinya.  

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video