Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Sabah ungguli 'Derbi Borneo' atasi Sarawak di Stadium UKM

d

Perlawanan 'Derbi Borneo' antara Sabah dan Sarawak menyaksikan skuad 'Negeri di Bawah Bayu' mengungguli cabaran peringkat Kumpulan A, bola sepak lelaki, Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila melakar kemenangan 2-0 di Stadium UKM, sebentar tadi.

Pada ketika kedua-dua pasukan seakan terikat tanpa jaringan dalam babak pertama, Emerson Ambatik memecah kebuntuan di minit terakhir separuh masa pertama untuk mendahului 1-0.

Sarawak kembali lebih garang dalam babak kedua dengan Macnafico Chamrin berjaya mengatasi penjaga gol lawan, namun jaringannya dibatalkan susulan berada dalam kedudukan ofsaid.

 

 

 

Begitupun, Sabah mengancam kubu lawan namun percubaannya tersasar, Sabah akhirnya mendapat gol kedua perlawanan di minit-minit terakhir perlawanan menerusi Iqmal Amran sekali gus menoktahkan tiga mata pertama buat Sabah.

Dalam satu lagi aksi menyaksikan Johor melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Pahang.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video