Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Rahsia kejayaan Johor butirkan ibu pingat?

Rahsia Johor butir ibu pingat emas SUKMA

Kejayaan meraih ibu segala pingat di Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan menjuarai acara bola sepak lelaki adalah bukti keberkesanan program pembangunan jangka panjang yang dilaksanakan Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards pencapaian tersebut membuktikan program pembangunan yang dilaksanakan berada pada landasan tepat seperti yang dirancang Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sejak penubuhan JDT.

“Sudah tentu terdapat proses percubaan dan kesilapan pada tahun-tahun awal kerana kami merupakan sebuah kelab baharu yang sedang berusaha membina asas yang kukuh, namun kerjasama dengan kelab-kelab yang mempunyai reputasi kukuh seperti Borussia Dortmund dan Valencia pada masa lalu telah membantu membawa kami ke landasan yang tepat dan pada hari ini, kami merupakan akademi bola sepak terkemuka di negara ini dengan kejayaan daripada peringkat Bawah-12 tahun sehinggalah ke kumpulan umur yang lebih tinggi,” katanya.

Kejayaan di pentas Sukma melengkapkan pencapaian penting Akademi JDT sejak beberapa tahun ini yang telah mendominasi kejohanan di pelbagai peringkat usia, dalam dan luar negara.

Antara kejayaan awal yang direkodkan menerusi JDT III adalah menjuarai Piala Presiden (Bawah-20) pada 2022 yang berterusan buat tahun keempat berturut-turut sebelum disusuli JDT IV yang muncul juara Piala Belia (Bawah-18) pada 2024 dan 2025.

Kecemerlangan itu berterusan buat kedua-dua pasukan yang turut mendahului saingan edisi 2026.

Selain itu, Akademi JDT turut mencatat kejayaan dalam pelbagai kejohanan kategori Bawah-12 hingga Bawah-18 tahun termasuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (Piala KPM), Singapore Youth League, La Liga Youth Tournament, Supermokh Cup, Garuda International Cup dan JSSL Internationals.

Akademi JDT kini menjadi satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuhnya di Malaysia yang mempunyai pasukan daripada kategori Bawah-12 sehingga Bawah-23 tahun serta satu-satunya kelab di Malaysia yang memiliki Akreditasi AFC Dua Bintang untuk akademi bola sepaknya yang mencerminkan komitmen kelab terhadap pembangunan pemain secara sistematik dan berterusan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement