Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Pengguna jalan raya diminta bersedia, laluan Kuala Langat bagi acara berbasikal

Selangor 2026: Pengguna jalan raya diminta bersedia, laluan Kuala Langat bagi acara berbasikal

Pengguna jalan raya di sekitar Kuala Langat dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal berikutan penganjuran acara berbasikal lebuhraya lelaki SUKMA Selangor 2026 esok.

Perlumbaan dijadual bermula di Bagan Lalang, Sepang pada jam 8.30 pagi dan dijangka memasuki laluan di daerah Kuala Langat sekitar jam 9 pagi.

Antara laluan yang terlibat ialah:

* Tanjung Sepat
* Batu Laut
* Morib
* Kelanang
* Banting
* Jalan Banting–Semenyih

Kawalan dan sekatan lalu lintas secara berperingkat akan dilaksanakan sepanjang perlumbaan bagi memberi laluan kepada pelumba serta konvoi rasmi.

Penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan terbabit dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu serta mematuhi arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), marshal dan petugas keselamatan.

Orang ramai juga diminta mengelakkan meletakkan kenderaan di sepanjang laluan perlumbaan bagi memastikan keselamatan atlet dan kelancaran acara.

Kerjasama serta kesabaran pengguna jalan raya amat dihargai sepanjang berlangsungnya acara berkenaan demi memastikan SUKMA Selangor 2026 berjalan lancar.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video