Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Peminat tegar K-Pop pecah rekod 20,000m Sukma!

TLR

Tan Li Ren mencipta sejarah apabila memperbaharui rekod kejohanan acara 20,000 meter (m) jalan kaki wanita Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebentar tadi.

Ia, sekali gus menyaksikan wakil kontinjen Melaka itu meraih pingat emas dengan catatan 1 jam 59 minit 41 saat (s) menewaskan Wilayah Persekutuan, P. Kaarthiyani, dan Afiqah Hana Ahmad dari Negeri Sembilan.

Untuk makluman, penampilan sulung Li Ren mengatasi rekod 2:05:47s pada edisi 2024.

Atlet berusia 16 tahun itu dalam satu temu bual di Facebook rasmi Olahraga Malaysia (MA) berkata kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS, menjadi sumber inspirasi buat dirinya sepanjang menjalani latihan mencapai kejayaan.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang yang sentiasa memberi motivasi dan menemani saya walaupun saya tidak pernah berjumpa dengannya secara berdepan.

"Orang itu ialah BTS dan ahli kumpulan, Jimin. Dia banyak memberi motivasi dan sokongan besar kepada saya," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video