Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Pelari pecut remaja negara tekad perkukuh reputasi

lll

Empat pelari pecut remaja negara menimba pengalaman berharga dalam Kejohanan Remaja Dunia B-20 minggu lalu dan bakal turun mewarnai Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, sambil menggalas misi peribadi.

Kem pecut negara yang diketuai tonggak reben biru, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Muhammad Airiel Iskandar Rusli dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira serta Avinaash Nair Sathiaseelan yang akan beraksi dalam acara 400 meter.

Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) tersebut menghimpunkan prospek terbaik dari seluruh dunia dan atas faktor itu, persaingan kompetitif mampu memacu prestasti pelari remaja kebangsaan.

Paling menyerlah, Danish Iftikhar yang melangkah ke final acara 100 meter dan muncul pelari pecut B20 kelapan terbaik dunia.

Kejayaan itu dibawa ke Sukma bagi misi mempertahankan kilauan pingat emas yang dimenanginya di Sarawak dua tahun lalu dengan mewakili Johor.

Danish Iftikhar dijangka berentap dengan Danish Irfan Tamrin dari Selangor yang pernah menewaskannya dalam saingan 100 meter di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu.

"Masih ada banyak lagi kejohanan yang akan datang, kami akan lakukan yang terbaik dan paling terdekat Sukma.

"Doakan agar kami berikan yang terbaik," kata Danish Iftikhar yang mencatat 10.44 saat di Oregon, AS. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video