Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Nurul Aisyah warisi bakat datuk untuk raih emas pertama tenpin boling, lakar sejarah buat Perlis

KKK

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Selepas tiga edisi mencuba, atlet sensasi Perlis, Nurul Aisyah Salleh, akhirnya berjaya meraih pingat emas pertamanya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Atlet berusia 18 tahun itu menyumbang pingat emas pertama dalam bowling untuk Perlis, sekali gus membuktikan DNA sukan itu yang mengalir dalam tubuhnya meneruskan legasi peribadi.

ni kerana Nurul Aisyah mewarisi bakat datuknya, Hussin Omar, yang juga bekas atlet bowling negara dan Pengarah Teknikal Pembangunan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC). Hussin pernah mewakili negara di Piala Dunia AMF di Copenhagen, Denmark pada Oktober 1986.

 

 

 

Bimbingan dan pengalaman sang datuk yang pernah mencungkil bakat seperti Sin Li Jane, akhirnya membuahkan hasil apabila Nurul Aisyah berjaya menamatkan penantian itu untuk menghadiahkan emas pertama buat Perlis.

Dalam edisi 2022, dia yang ketika itu mewakili Johor memenangi pingat gangsa menerusi acara beregu wanita bergandingan dengan Anis Hannani Romzi sebelum pulang tanpa pingat bagi edisi 2024 di Sarawak.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video