Emylia ‘Mia’ Ghazali melengkapkan legasi keluarga Zulfikar Mohd Ghazali di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila menjuarai acara muay thai wanita kategori 42-45 kilogram (kg).
Turun dengan misi memburu emas, Mia terpaksa mengharungi pertarungan cukup sengit sebelum menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, dengan keputusan 34-33.
🥇THE GOLD MEDAL GOES TO MIA GHAZALI!!! 🔥
What a fight!
Mia muncul juara kategori 42-45kg wanita selepas menewaskan Damia Husna dari Johor dengan keputusan 34-33. Sangat sengit guys!!@ASTROARENA pic.twitter.com/oDUBYw4bcJ— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) August 23, 2026
Hanya dipisahkan satu mata, pertarungan berlangsung penuh dramatik apabila kedua-dua atlet saling berbalas serangan sehingga ke penghujung aksi.
Namun, Mia kekal tenang untuk mempertahankan kelebihan tersebut sebelum kemenangan disahkan, sekali gus menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Sarawak.
Lebih manis, kejayaan itu turut melengkapkan legasi keluarga Ghazali dalam sukan muay thai apabila Mia kini meneruskan jejak nama besar keluarganya di pentas SUKMA.
Kemenangan itu menjadi bukti bahawa nama Ghazali bukan sekadar sinonim dengan muay thai, malah terus melahirkan generasi baharu yang mampu mencipta kejayaan di pentas tertinggi sukan negara.