Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Melaka cipta sejarah, skuasy wanita raih emas berpasukan buat kali pertama

Selangor 2026: Melaka cipta sejarah, skuasy wanita raih emas berpasukan buat kali pertama

Turun tanpa tekanan sebagai pasukan ‘underdog’ ternyata menjadi resipi kejayaan skuasy wanita Melaka apabila mereka mencipta sejarah baharu dengan meraih pingat emas acara berpasukan wanita buat kali pertama dalam penyertaan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Kejayaan itu lebih manis buat Thanusaa Uthrian yang menikmati kejayaan berganda selepas menamatkan kemarau 32 tahun pingat emas Melaka dalam acara individu wanita pada Selasa lalu.

Kali ini, Thanusaa bergandingan bersama Goh Zhi Suan, Janani Sarovanan dan Goh Jia Suan untuk menghasilkan satu lagi kejutan di pentas SUKMA Selangor 2026.

Perjalanan mereka menuju kejayaan juga bukan mudah, terutama dengan kekangan masa untuk berlatih bersama apabila sebahagian pemain melanjutkan pengajian di luar negara.

Malah, skuad berkenaan turut berdepan cabaran kecederaan apabila ada pemain terpaksa berehat lebih setahun selepas mengalami kecederaan kira-kira dua tahun lalu, susulan SUKMA Sarawak.

Namun, segala cabaran itu tidak menghalang skuad kendalian bekas pemain negara, Sharon Wee, untuk mencipta sejarah.

Melaka akhirnya mengesahkan emas selepas menewaskan pasukan pilihan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi final.

Kejayaan itu membuktikan status ‘underdog’ bukan penghalang buat Melaka untuk mencipta kejutan, sebaliknya menjadi pembakar semangat sehingga mereka akhirnya menulis sejarah baharu dalam acara skuasy wanita SUKMA.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video