Skip to main content

Para ASEAN

Selangor 2026: Juara golf taruh harapan laluan ke Sukan SEA

lll

Masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Golf Amatur Selangor Edisi Ke-50, Rizq Adam Rohizam, membantu kontinjen tuan rumah untuk meraih dua pingat emas dalam acara individu dan berpasukan lelaki dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang menjadi penampilan pertama dan terakhirnya.

Baginya, kejayaan hari ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha ibu bapanya dalam menjadi nadi utama karier.

Dan kini, Adam mengintai peluang untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2027!

"Saya melakukan dua bogey berturut-turut. Namun, saya berjaya bangkit dan kekal tenang.

"Saya gembira berjaya menyumbangkan emas.

"Ibu bapa banyak berkorban untuk saya dan saya perlu beraksi dengan baik di Amerika Syarikat sambil mengharapkan tawaran ke Sukan SEA," katanya.  

Dalam saingan wanita pula, Wang Sin Yao, terharu apabila menghadiahkan dua emas buat kontinjen Perak selepas mengungguli saingan individu dan juga berpasukan wanita.

Jika dalam edisi lalu dia muncul naib juara selepas tewas ke atas Mirabel Ting, kini bagi Sin Yao bangkit dan sedikit sebanyak ia akan menjadi jambatan untuk mencapai impiannya beraksi dalam Sukan SEA.

"Saya gembira dapat beraksi cemerlang di depan keluarga yang hadir.

"Saya turun dengan ketenangan.

"Saya menghargai pengalaman yang dikutip dan berharap dapat menyertai skuad Sukan SEA," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video