Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Johor kongsi formula kejayaan ibu pingat, Selangor mahu terus pandang ke depan

lll

Buat julung kalinya, Johor meraih ibu segala pingat Sukan Malaysia (Sukma) 2026, usaha gigih hingga saat akhir membuahkan hasil meskipun kejuaraan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Selangor kecundang di laman sendiri untuk melanjutkan penantian 28 tahun.

Ada yang melonjak penuh kegembiraan, tidak kurang yang terduduk memandang sepi ke arah padang.

Namun, itulah realiti pentas final apabila segala pengorbanan selama berbulan-bulan ditentukan dalam hanya satu perlawanan.

Menurut ketua jurulatih Johor, Pedro Collado Celda, kejayaan itu hadir hasil persediaan rapi sejak awal tahun termasuk mengekalkan formula yang digunakan dalam kempen Piala Presiden.

"Persiapan kami bermula Januari lalu dengan rata-rata barisan ini terdiri daripada tonggak Piala Presiden.

"Kami fokus kepada liga terlebih dahulu sebelum beralih kepada saingan dan akhirnya kami muncul juara.

"Kami turun bersaingan untuk sebarang kemungkinan, kami sebaliknya memang menginginkan kejuaraan.

"Selangor beri saingan sengit tapi kami beroleh lebih banyak peluang.

"Sepakan penalti juga mustahak untuk dipersiapkan dan kami sangat gembira," katanya.

Kem tuan rumah kecewa, namun tiada guna meratapi kekalahan terlalu lama.

Tumpuan kini beralih kepada pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman itu, sekali gus menyediakan bekalan buat pemain muda meneruskan perjalanan karier.

"Bukannya mudah bermain dalam jadual padat, perlawanan berlangsung selang sehari.

"Hanya 23 pemain boleh didaftarkan jadi kami perlu gilirkan pemain dalam aksi berkeamatan tinggi sebegini.

"Pemain perlu belajar daripada perlawanan.

"(Cabaran kami dalam) Sukma pun sudah habis jadi kami perlu kembali fokus kepada saingan liga pula," kata ketua jurulatih Sukma Selangor, I. Arulchelvan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video