Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Empat tahun menanti, Nor Alya Aqila akhirnya genggam emas

Selangor 2026: Empat tahun menanti, Nor Alya Aqila akhirnya genggam emas

Segala perit jerih selama empat tahun akhirnya terbayar buat atlet menembak Perak, Nor Alya Aqila Mahathir, apabila impiannya untuk meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi kenyataan.

Lebih bermakna, kejayaan itu hadir di hadapan ibu bapa tercinta yang hadir memberikan sokongan di venue pertandingan, sekali gus menjadi pembakar semangat buat Nor Alya ketika berdepan detik getir di pentas final.

Nor Alya tidak dapat menahan sebak ketika mengenang segala usaha dan pengorbanan yang dilaluinya sepanjang empat tahun terakhir.

Kata-kata daripada ibunya juga terus terngiang-ngiang di telinganya ketika berjuang dalam final acara 10 meter berpasukan campuran.

"Sangat berbaloi. Bak kata mak saya, takkan selama empat tahun saya menangis setiap hari, saya nak sia-siakan tanpa bawa balik emas. Jadi saya buktikan juga saya dapat bawa balik dua emas. Alhamdulillah," katanya.

"Keluarga saya datang mula daripada semalam dan bermula daripada semalam saya dapat buat prestasi yang amat baik dalam diri saya."

Gandingan Nor Alya bersama Nazirul Iqbal Roszaini turut berdepan cabaran sengit sejak awal saingan apabila kedudukan mereka sentiasa mendapat tekanan daripada peserta lain.

Namun, kekuatan mental menjadi kunci buat pasangan Perak itu untuk kekal tenang dan mengekalkan prestasi sehingga tamat pertandingan.

Hasilnya, Perak muncul juara selepas mengumpul 493.3 mata, mengatasi Pahang yang meraih 489.1 mata.

Pulau Pinang pula melengkapkan podium di tempat ketiga.

Buat Nor Alya, emas tersebut bukan sekadar pingat pertama, sebaliknya simbol kepada empat tahun usaha, pengorbanan dan sokongan keluarga yang akhirnya membuahkan hasil di pentas SUKMA.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video