Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: 'Elvis potong tang kona'! Penerjun Sarawak ubah skrip di terjunan terakhir

Selangor 2026: 'Elvis potong tang kona'! Penerjun Sarawak ubah skrip di terjunan terakhir

Kepenatan selepas mengharungi empat hari dengan jadual pertandingan yang padat tidak menghalang penerjun negara yang membawa nama Sarawak, Elvis Priestly, daripada mencipta kebangkitan dramatik pada hari terakhir saingan terjun SUKMA Selangor 2026.

Bermula dengan kedudukan yang tidak memihak kepadanya, Elvis hampir tercicir daripada perebutan emas selepas beberapa terjunan awal tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Malah, penerjun berpengalaman itu ketika itu hanya berada di tangga ketiga, di belakang rakan senegeri Jared Aiden serta wakil Sabah, Mohamad Anilrian Normatrud Abdullah.

Namun, pengalaman dan kelebihan darjah kesukaran menjadi senjata utama Elvis untuk mengubah keputusan pada saat-saat akhir.

Dengan hanya satu terjunan terakhir untuk menentukan nasib, Elvis tampil tenang dan melaksanakan terjunan yang diperlukan untuk melonjakkan dirinya terus ke puncak.

Kebangkitan itu menyaksikan Elvis mengumpul 397.30 mata untuk meraih pingat emas, sekali gus membuktikan pengalaman menjadi pembeza ketika tekanan berada di tahap tertinggi.

Lebih menarik, kejayaan itu hadir selepas dia mahu menebus kekecewaan pada saingan sebelum ini.

Sementara itu, Sarawak turut menambah koleksi emas menerusi acara 3 meter papan anjal seirama wanita.

Pasangan Dayang Nursharzyra dan Nur Eilisha Rania membuktikan kekangan latihan bersama bukan penghalang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu.

Gandingan itu mengumpul 212.01 mata untuk mengekalkan emas, manakala Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati dengan perak dan Selangor meraih gangsa.

Kejayaan tersebut sekali lagi memperlihatkan keupayaan penerjun Sarawak untuk kekal kompetitif walaupun berdepan cabaran persediaan dan tempoh latihan bersama yang terhad.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video