Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026 : Autisme bukan penghalang, Ainul Mardhiyah hadiahkan tiga emas buat Johor

aiunul mardhiah

Jika sebut mengenai kanak kanak autisme, apa perkara pertama yang bermain di fikiran anda? Yang pastinya, sukan dan pingat bukanlah perkara yang pertama.

Tetapi lain skripnya buat atlit autism berusia 16 tahun ini—Ainul Mardhiyah Mohd Afif yang bukan sahaja merupakan atlit catur SUKMA Johor, malah muncul atlit paling menyerlah di Selangor 2026 apabila berjaya menyumbang bukan satu tetapi tiga pingat emas dalam kesemua acara individu yang disertainya.

Namun, kisah perjalanan Ainul sebenarnya bermula jauh sebelum pentas SUKMA. Semuanya bermula apabila bapanya memperkenalkan permainan catur ini kepada Ainul ketika covid kerana anaknya sentiasa sering berdepan rasa cemas dan kesukaran melakukan beberapa tugasan harian. Siapa sangka, permainan yang pada awalnya sekadar aktiviti mengisi masa lapang akhirnya menjadi platform untuk Ainul membina keyakinan diri.

Dari situ bakat Ainul berkembang dengan sangat laju. Pada usia 13 tahun, dia sudah bergelar juara wanita kebangsaan 2023, sebelum mewakili Malaysia di Kejohanan Catur Remaja Dunia di Itali. Setahun selepas itu, Ainul mula mencipta nama di SUKMA Sarawak 2024 apabila turut memperoleh emas acara rapid individu wanita.

Kini, Ainul kembali dengan pencapaian lebih besar iaitu tiga emas di Selangor 2026 dalam acara standard individu wanita, rapid individu wanita dan blitz individu wanita. Kisah Ainul ini membuktikan yang sukan catur membuka ruang dan peluang buat individu seperti Ainul medapat tempat setanding atlit atlit yang lain.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video