Skip to main content

SUKMA

Selangor 2026: Adik beradik dari Pulau Pinang berentap rebut gelaran jaguh ping pong

ujh

Tidak lama selepas menghadiahkan pingat emas acara ping pong beregu lelaki buat Pulau Pinang, adik beradik; Lai Yong Han dan Lai Yong Ren, sekali lagi beraksi di pentas akhir namun kali ini di dua sisi meja yang berbeza.

Emas diraih bersama menjadi bukti kesefahaman dua beradik itu.

Bagaimanapun, apabila bertemu dalam final perseorangan lelaki hari ini, status rakan sepasukan terpaksa diketepikan sebentar demi memburu satu lagi pingat emas buat diri sendiri.

Ia sekali gus menjadikan pertembungan sesama sendiri lebih mencabar berbanding menentang lawan yang lain.

"Gembira sebab kami berjaya mara ke final jadi emas dan perak sudah terjamin buat Pulau Pinang.

"Segala kerja keras terbalas tapi saya perlu berlatih dengan lebih gigih untuk pergi lebih jauh," kata Lai Yong Han.

Pengalaman memisahkan kedua beradik itu untuk Yong Han menggenggam emas kedua, manakala Yong Ren menutup penampilan pertamanya dalam Sukma dengan perak.

Tiada istilah kecewa, Yong Ren tetap berpuas hati kerana baginya, apa jua keputusan, emas itu tetap menjadi milik keluarga mereka dan Pulau Pinang.

"Tetap gembira kerana kami adik beradik menyerlah.

"Lagipun saya masih berpeluang untuk bertanding dalam satu lagi edisi Sukma yang seterusnya," kata Lai Yong Ren pula. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video