Sabah melantik bekas pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido, sebagai ketua jurulatih baru.
Perkara itu diumumkan Skuad Badak berkenaan dalam kiriman media sosial sebentar tadi.
Advertisement
"Saya percaya apa yang perlu kita usahakan adalah untuk meningkatkan keyakinan pemain agar mereka dapat menunjukkan potensi terbaik di atas padang," kata pengendali berusia 46 tahun itu dalam pengumuman berkenaan.
Garrido akan mengambil alih tugas daripada Alto Linus, yang sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku ketua jurulatih berikutan peletakan jawatan Jean-Paul de Marigny pada Disember lalu.
Selaras dengan pelantikan itu, Alto kini kembali menjalankan tugas sebagai penolong ketua jurulatih.