Skip to main content

Bola Sepak

Selamat kembali! Ini destinasi Ong Kim Swee selepas pulang ke tanah air?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Datuk Ong Kim Swee

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengambil maklum hasrat Jawatankuasa Teknikal Pemandu Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), untuk menyenaraikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, sebagai calon utama jawatan Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bagi menggantikan Oscar Gonzalez.

Berdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pilihan itu disenangi Hannah, yang mahu membuka lebih ruang kepada tenaga tempatan daripada mengutamakan tenaga dan kepakaran luar negara.

Advertisement

"Saya sedar mengenai (pemilihan) Datuk Ong," kata Hannah kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya melihat ada bagusnya juga kerana kita mahu memberikan ruang kepada lebih ramai jurulatih tempatan memainkan peranan dalam pembangunan bola sepak negara.

"Jawatankuasa Teknikal (NFDP) akan membuat pemilihan dan ia berada dalam bajet NFDP."

Sebagai rekod, kali terakhir Kim Swee bertugas di tanah air adalah ketika bertindak sebagai jurulatih Sabah dari 2021 hingga 2024.

Dia kemudian berhijrah ke Indonesia untuk mengendalikan Persis Solo dan kemudian Persik Kediri.

 

Must Watch Video