Sesi latihan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), kembali dimeriahkan dengan kepulangan tiga warisan Harimau Malaya yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
João Figueiredo, Jon Irazabal dan Héctor Hevel antara tujuh pemain yang dibenarkan menyertai semula segala aktiviti bola sepak buat sementara waktu selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan mereka.
Advertisement
Perintah tersebut merupakan Penangguhan Pelaksanaan daripada penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh FIFA ekoran isu pemalsuan dokumen.
Skuad kendalian Xisco Munoz mendapat kelebihan semula pada masa yang sangat tepat bagi menghadapi baki perlawanan (Liga-M), Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) mahupun Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.