Skip to main content

Bola Sepak

Sekatan pemain: KRW sudah serahkan bukti dokumen

jj

Presiden Kelantan Red Warrior (KRW), Datuk Muhamad Zaki Harun, kekal positif berhubung isu sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Antarabangsa (FIFA) dapat diselesaikan selepas kelab itu disahkan beraksi dalam Liga Super musim depan.

Muhamad Zaki percaya kelab Pantai Timur itu berada di pihak yang betul dan menegaskan kelab terbabit telah disalah kait dalam kes berkenaan.

Menurutnya, KRW dan Kelantan FC merupakan dua entiti berbeza, justeru isu tersebut diyakini berpunca daripada kesilapan teknikal yang berkaitan dengan aduan kes lama.

"Kekeliruan timbul disebabkan masalah kelab lalu, yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kelab ketika ini.

"FIFA ada alasannya juga, kami tidak boleh menolak sepenuhnya. Kami kena menjelaskan keadaan itu, kami telah serahkan dokumen bahawa kami tiada kena mengena dengan kelab terdahulu dan kelab itu masih wujud.

"Mungkin di peringkat awal dahulu oleh kerana kami ingin meneruskan perjalanan kelab -- di peringkat itu hanya seorang sahaja yang membuat tuntutan -- kami bayar (tuntutan itu).

"Pembayaran itu bukan bermakna kami bersalah, tapi kami bayar kerana nak meneruskan perjuangan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Sebelum ini, Malaysia Football League (MFL) mengesahkan KRW akan beraksi dalam Liga Super 2026/27 selepas PDRM menarik diri.

KRW yang menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro di tangga keempat mendapat tempat ke Liga Super selepas memenuhi semua kriteria, termasuk melengkapkan dokumen kewangan yang ditetapkan.

"Ada beberapa pemain di bawah radar kami kalau sekatan ini dapat diselesaikan.

"Ramai juga pemain tempatan yang lain menyatakan keinginan untuk bersama kami.

"Apa pun, kami akan harungi (cabaran) dengan semangat dan kesetiaan pemain sedia ada," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video