Pengerusi Kuala Lumpur City, Syed Yazid Syed Omar, menegaskan komitmen kelab itu untuk menyelesaikan tuntutan bayaran yang menyebabkan mereka kembali dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Syed Yazid menjelaskan sekatan itu bukan berpunca daripada tunggakan gaji, sebaliknya tuntutan bunga melibatkan bekas pemain import mereka, Patrick Reichelt.
Tambahnya, tunggakan gaji Reichelt sudah diselesaikan pada Ogos lalu tetapi kelewatan pembayaran gaji bagi tahun 2024 menyebabkan tuntutan faedah dikenakan.
KL City kini diberikan tempoh 30 hari untuk menjelaskan bayaran berkenaan selepas menerima surat FIFA pada 15 Oktober lalu.
"Kuala Lumpur City sudah menjelaskan pembayaran RM101,640 pada 17 Ogos 2026 -- sebelum Liga Super bermula," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Isunya kini adalah tuntutan daripada pihak Patrick Reichelt mengenai bunga yang dikenakan disebabkan pembayaran gaji lewat bagi tahun 2024.
"Jumlahnya sekitar RM10,400 dan kami akan menjelaskannya secepat mungkin."