Skuad gimnastik wanita China mencipta sensasi apabila menghentikan dominasi Amerika Syarikat untuk merangkul pingat emas pertama dalam tempoh 20 tahun dalam final acara berpasukan wanita, Kejohanan Gimnastik Dunia 2026 yang berlangsung di Rotterdam, Belanda, malam tadi.
Qiu Qiyuan mengesahkan kemenangan China dengan skor 12,833 dalam acara akhir untuk menamatkan perlumbaan dengan jumlah skor 165,764, sementara Amerika Syarikat dengan 165,531 hanya berbeza 0.233.
For the first time in 20 years – and just the second time in history – the Chinese women are the world champions! 🥇 China 🥈 United States 🥉 Japan #Rotterdam2026 https://t.co/Vk5i0n6zvu
— Gymnastics Now (@Gymnastics_Now) October 21, 2026
Jepun memenangi gangsa dengan skor 164,063 sekali gus menyaksikan ketiga-tiga pasukan mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Untuk rekod, ia merupakan gelaran berpasukan wanita pertama China di Kejohanan itu sejak 2006.