1986 : Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) yang pertama.
16 Kontinjen mengambil bahagian (14 negeri termasuk PDRM & ATM)
3,849 atlet terlibat dalam 123 acara membabitkan 16 jenis sukan.
Jaguh Pecut Asia 1982, Rabuan Pit diberi penghormatan menyalakan obor kejohanan.
Disinilah permulaannya ... platform untuk mencungkil bakat baharu sukan negara.
Kuala Lumpur menjadi juara edisi pertama SUKMA dengan kutipan 36 pingat emas, 32 perak dan 22 gangsa.
Dari SUKMA, lahirnya jaguh -- Dan legasi itu masih diteruskan sehingga ke hari ini.
Raja Pecut SUKMA Sarawak 2024, Danish Iftikhar pasang misi untuk mempertahankan emas yang diraih dua tahun lalu di SUKMA Selangor kali ini selepas pelari kelahiran Johor ini cemerlang melangkah ke pentas final saingan 100 Meter Kejohanan Remaja Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun Oregon, Amerika Syarikat lalu.
Walaupun sedar pencabar utamanya bukan calang-calang, wakil tuan rumah, Danish Irfan Tamrin menanti -- individu yang pernah menewaskannya di Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu.