Penjaga gol kebangsaan Denmark, Kasper Schmeichel, mengumumkan persaraan daripada kancah bola sepak professional pada Jun depan selepas bergelut dengan kecederaan bahu serius.
Bekas pemain Leicester City dan Celtic berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan itu ketika beraksi dalam suku akhir Piala Negara-Negara 2025 ketika berdepan Portugal.
Kasper Schmeichel will call time on his playing career when his Celtic contract expires in June 🚨🧤 pic.twitter.com/sPRCExznnq
— Sky Sports Football (@SkyFootball) May 27, 2026
"Selepas kontrak saya bersama Celtic berakhir pada bulan Jun, saya akab menoktahkan kerjaya bola sepak saya. Ia adalah keputusan yang dibuat untuk diri saya sendiri." katanya.
Untuk rekod, kali terakhir dia beraksi adalah ketika Celtic tewas 1-2 kepada Hibernian dalam saingan Liga Perdana Scotland pada 22 Februari lalu.