Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Rugby Sevens edisi khas kini memasuki hari kedua di mana perebutan slot ke separuh akhir jadi tumpuan lapan pasukan yang masih berpeluang merebut gelaran juara kategori cup!
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) yang turun berdepan SBPI Kubang Pasu (IKUPS) menjadi perhatian apabila ingin mengetahui siapakah lebih hebat untuk mara ke peringkat seterusnya.
Advertisement
IKUPS terlebih dahulu memperoleh pendahuluan menerusi try Mohamad Nor Ikmal Nor Hasrin sebelum SEMASHUR bangkit hasil larian ke bahagian blindside disempurnakan Muhammad Izu Naufal.
Detik itu terus menjadi permulaan kepada deretan try dan conversion yang kekal dikuasai SEMASHUR -- sebelum try keempat pasukan sekali lagi disumbang Izu Naufal menjadi pelengkap kepada kemaraan SEMASHUR hasil keputusan 28-5!
Sementara itu, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) A turut melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan SBPI Gombak (INTEGOMB) 12-5.