Skip to main content

Ragbi

SBP Rugby Sevens: SAS letak jurang 10 mata untuk muncul juara kategori 'Plate'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sas

Kejohanan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Rugby Sevens Edisi Khas yang memasuki hari terakhir menyaksikan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) muncul juara kategori Plate selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) menerusi keputusan, 17-7 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Sejurus selepas sepak mula, SAS tampil agresif mengatur corak permainan dan berjaya memperoleh try pertama perlawanan bagi meletakkan mereka di hadapan.

Advertisement

 

 

 

Momentum berterusan memihak kepada SAS apabila aksi kemas pasukan itu membuahkan beberapa siri 'try' dan 'conversion', sekali gus membolehkan mereka mendahului dengan selesa.

Ketika SAS selesa mendahului 17-0, SAINA akhirnya berjaya mendapatkan try pertama mereka, namun kebangkitan itu hadir terlalu lewat untuk menghalang SAS daripada mengesahkan kejuaraan kategori Plate.

Keputusan tersebut menyaksikan SAS menamatkan kempen SBP Rugby Sevens Edisi Khas dengan cukup selesa pada hari terakhir kejohanan.

Must Watch Video