Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berasa berang dengan keputusan pengadil perlawanan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Sunderland meskipun pasukannya melakar kemenangan 2-0 awal pagi tadi.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium of Light itu menyaksikan The Gunners bergelut meraih kemenangan selepas terikat tanpa jaringan dalam babak pertama.
Masuk babak kedua pula pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah pada minit ke-55 selepas berlaku tolakan antara pemain pertahanan Arsenal dan Daniel Ballard, namun sepakan yang diambil Enzo Le Fee berjaya dinafikan David Raya sebelum Bruno Guimaraes meledak dua minit kemudian.
Bukayo Saka melengkapkan kemenangan Arsenal menerusi sepakan penalti sekali gus memastikan kemenangan 2-0 dan keempat berturut-turut buat juara edisi lalu itu.
“It’s not a penalty in any case, in any game, in any context, in any league” 😳
Mikel Arteta reflects on Arsenal’s 2-0 win over Sunderland 👀@jules_breach | 📺 Stream with TNT Sports on HBO Max pic.twitter.com/2BUZILexk3— Football on TNT Sports (@footballontnt) September 12, 2026
Arsenal ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 12 mata selepas empat aksi. Sementara, Sunderland di kedudukan ke-14 dengan empat mata.
"Ia sesuatu yang tidak boleh diterima pada tahap ini; perkara sebegini boleh mengubah perjalanan musim serta perebutan kejuaraan.
"Ia tidak wajar berlaku. Saya telah menontonnya semula sebanyak 20 kali untuk memastikannya, dan pada tahap ini, keputusan memberikan sepakan penalti itu sesuatu yang mustahil. Ia tidak sepatutnya berlaku.
"Ia bukan satu kesalahan penalti dalam apa jua konteks atau liga sekalipun."