Skip to main content

Bola Sepak

Saya ucap selamat maju jaya, biar mereka tentukan -- Cklamovski jelas status Nafuzi, Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Peter

Jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain, serta Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, dikhabarkan mendapat tawaran sebuah kelab handalan Liga Super untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dua individu tersebut merupakan 'orang kuat' pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, sejak kehadirannya di Malaysia awal tahun lalu.

Advertisement

Lantas, bekas penolong jurulatih Australia itu mahu kedua-duanya kekal menabur bakti bersama skuad kebangsaan, namun menyerahkan segalanya kepada mereka untuk membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak suka untuk 'kehilangan' khidmat mereka.

"Tetapi, ini adalah bola sepak. Saya mengucapkan selamat maju jaya jika mereka benar mengambil peluang tersebut.

"Namun, saya berharap mereka kekal. Saya tidak mengetahui tentang khabar angin itu.

"Saya ada bercakap dengan mereka tentang perancangan Malaysia menjelang kejohanan Asia Tenggara (ASEAN) dan aksi bertemu Vietnam," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Mengulas perkara itu, Cklamovski menegaskan tumpuan utamanya ketika ini memastikan pasukan berada dalam keadaan terbaik untuk berdepan cabaran sukar menentang vietnam.

Perlawanan itu dijangka menjadi penentu nasib Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027, sekali gus menuntut komitmen dan perpaduan penuh daripada semua pihak dalam pasukan.

Must Watch Video