Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, tidak sabar untuk menyarung jersi Harimau Malaya apabila dia bakal melengkapkan syarat proses naturalisasi pada 4 April depan.
Dalam perkongsian bersama Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Argentina itu mengakui Malaysia sudah dianggap sebagai rumah kedua selepas lima tahun beraksi dalam liga Malaysia sejak menyertai pahang pada 2021.
Advertisement
Manuel Hildago antara tiga pemain yang dikatakan akan mendapat kerakyatan Malaysia menerusi proses naturalisasi selain rakan sepasukan di Johor DARUL Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, dan pertahanan Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco.
Perkara itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu akan melengkapkan tempoh lima tahun bermastautin di negara ini pada 4 April depan berdasarkan tarikh menyertai skuad Tok Gajah pada 2021.
"Kami melihat kehadapan mengenai perkara itu, saya tidak sabar. Satu keistimewaan baut saya untuk menjadi sebahagian daripada negara ini sejak 2021 Ketika saya berusia 20 tahun.
“I can’t wait”, Manuel Hidalgo akan lengkapkan syarat naturalisasi pada 4 April 2026. 🇦🇷🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/TtJitBlVRA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 1, 2026
"Sekarang saya berusia 26 tahun, saya gembira dan berharap dapat menjadi naturalisasi.
"Ia membuatkan saya berasa gembira, apa yang jurulatih (Peter Cklamovski) katakan buatkan saya rasa gembira." katanya.
Hidalgo yang menyertai jdt dari KL City pada awal musim lalu pamer prestasi konsisten walaupun berdepan persaingan sengit dalam kem Harimau Selatan.
Ia menyaksikan bekas tonggak Sri Pahang itu sudah meledak 14 gol dan melakukan enam bantuan gol untuk semua pertandingan domestik setakat ini.
Jumaat lalu, Hidalgo membantu pasukannya meraih kemenangan 4-0 ke atas Penang di Stadium Bandaraya untuk memastikan JDT diambang kejuaraan ke-12 liga super.