Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Saya tidak mahu kacau taktikal Melaka FC, tapi sesuatu perlu dilakukan -- presiden

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Melaka FC

Presiden Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan dalam pasukannya jika skuad Hang Tuah terus mempamerkan aksi longlai dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Ruang dan peluang sudah diberikan secukupnya oleh pihak pengurusan kelab, namun sehingga kini prestasi yang ditampilkan skuad kendalian K. Devan itu masih belum boleh dibanggakan.

Advertisement

Nur Azmi menggesa pasukannya agar segera bangkit memburu kemenangan, sekali gus keluar dari kelompok pasukan bawahan Liga Super di samping memberi cabaran dalam saingan Piala Malaysia akan datang.

"Peluang keseluruhan (kepada barisan kejurulatihan) sudah diberikan dan saya tidak mahu mengacau pentadbiran permainan bola sepak.

"Tapi daripada segi pentadbiran pengurusan, saya perlu kekalkan penajaan yang akan datang.

"Jadi kemenangan penting yang sama walaupun kami tidak mampu menang ke atas JDT Selangor Kuching City ataupun Terengganu.

"Tapi kami masih ada peluang untuk menduduki enam terbaik.

"Kami tiada masalah daripada segi kewangan tapi mengenai ketekalan permainan," katanya.

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video