Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak berminat sertai Arsenal, Alvarez beritahu Arteta

Alvarez

Hasrat Arsenal mendapatkan Julian Alvarez menerima tamparan hebat selepas penyerang Atletico Madrid itu dilaporkan sudah memberitahu Mikel Arteta bahawa dia tidak berminat menyertai The Gunners.

Menurut laporan David Ornstein di TNT Sports, Alvarez sudah bercakap secara langsung dengan Arteta dan menyatakan pendiriannya untuk tidak berpindah ke Emirates, meskipun Arsenal bersedia mencapai persetujuan dengan Atletico bagi mendapatkan khidmatnya.

Arsenal melihat Alvarez sebagai sasaran utama untuk memperkuatkan jentera serangan, namun pendirian pemain Argentina itu menjadi penghalang dalam usaha mereka melengkapkan perpindahan berprofil tinggi itu.

Alvarez sebelum ini mahu menyertai Barcelona sekiranya meninggalkan Atletico, tetapi kelab Madrid itu sudah menutup pintu rundingan dengan gergasi Catalan berkenaan.

Situasi itu menyebabkan masa depan Alvarez semakin menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 26 tahun itu terlepas beberapa sesi latihan Atletico dan tidak berada dalam skuad untuk aksi menentang Sevilla.

Keadaan ini juga meletakkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam keadaan sukar apabila mereka perlu mencari alternatif, terutama selepas perpindahan Leandro Trossard dan berkemungkinan turut kehilangan Gabriel Martinelli dalam tempoh terdekat.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement