Ratu grand slam dunia, Serena Williams menafikan berita kepulangan semula dirinya ke dalam dunia kompetitif susulan tersebar dokumen mengenai ujian doping.
Kebiasaannya prosedur itu dilakukan atlet sebelum menyertai mana-mana kejohanan namun Serena yang mula menggantung raket usai tamat kempen Terbuka Amerika Syarikat pada 2022 menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia akan melakukan 'comeback' dalam sukan yang dicintainya.
Advertisement
Biarpun bintang dunia dengan 23 gelaran major itu menidakkan khabar angin tersebut, namun perkara ini masih dianggap realistik melihat kepada kepulangan semula kakaknya, Venus Williams selepas 16 bulan menyepi.
Serena tidak gemar menggunakan perkataan 'BERSARA' dalam kamus hidupnya -- namun lebih selesa dengan terma 'evolving away'.
Semoga perkhabaran ini mampu jadi realiti biarpun Serena sekeras-kerasnya menafikan berita ini.
