Skip to main content

Bola Sepak

'Saya tiada niat langsung cabar kesebelasan utama'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hassan

Singapura melakar sensasi tersendiri apabila mara ke Piala Asia 2027 secara merit selepas menewaskan pencabar terdekat, Hong Kong, 2-1 dalam peringkat kumpulan bulan lalu.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Singapura ke kejohanan itu dalam tempoh 43 tahun sejak 1984.

Advertisement

Sudah pasti, kejayaan itu menarik minat dan perhatian warga tempatan, penyokong mahupun bekas pemain kebangsaan.

Bekas tonggak penjaga gol The Lions, Hassan Abdullah Sunny, menegaskan bahawa dia bersedia membantu Singapura mengatur persiapan, dan mencurah bakti kepada negaranya yang mencipta kegemilangan itu.

 

@beritahariansg Hassan Sunny perjelas komennya yang tular baru-baru ini tentang kemungkinan kembali menyarung jersi Singapura di Piala Asia 2027. Bukan nak rebut tempat penjaga gawang negara, tapi ini yang dimaksudkan Hassan sebenarnya. #sportsnews #beritasukan #sports #bolasepak #soccer #football #AFC2027 #AsianCup #AsianCup2027 #lions ♬ original sound - Berita Harian

 

Namun, usianya yang mencecah 41 tahun seperti menghalang dirinya untuk bermain semula bersama skuad utama.

"Siapa yang tidak mahu berada dalam pasukan kebangsaan.

"Tetapi, daripada segi umur apa jua cara saya mampu apa sahaja yang boleh saya sumbangkan.

"Apa-apa sahaja untuk bola sepak Singapura," katanya di TikTok.

Bekas bintang Lion City Sailors (LCS) itu bagaimanapun tetap menyimpan hasrat untuk bersama skuad kendalian Gavin Lee tersebut.

Dalam masa sama, Hassan Sunny tiada perancangan untuk mencabar posisi benteng terakhir pasukan itu.

"Jadi penolong jurulatih ke atau penolong kitman ke.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak ada niat langsung untuk bersaing bagi tempat kesebelasan utama atau mengambil alih tempat sesiapa.

"Itu peluang orang lain.

"Niat saya ialah untuk membantu apa yang boleh dibantu

"Bagaimana saya boleh tolong. Itu niat utama saya," tambahnya.

Untuk makluman, sepanjang karier Hassan Sunnya telah melakukan 115 penampilan bersama Singapura. 

Must Watch Video